MENGPA NAJIB DIAM? OIC PERLU SUARAKAN BANTAHAN, KATA WAN AZIZAH

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump yang melarang kemasukan pelarian dari tujuh negara Islam ke negara berkenaan.

Katanya, walaupun isu imigresen dan kawalan sempadan adalah hak setiap negara, namun larangan umum tersebut amat dikesali dan menampakkan tahap kepercayaan yang wujud antara pentadbiran AS dan dunia Islam.

“Malaysia selaku anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang melibatkan 57 negara Islam termasuk negara-negara yang terkesan akibat arahan eksekutif Presiden Trump perlu melibatkan diri.

“OIC perlu berbincang dengan pentadbiran AS melalui kesemua saluran diplomatik sedia ada demi menyelesaikan sebarang isu berbangkit,” katanya dalam kenyataan.

Trump pada Jumaat yang lalu mengenakan empat bulan sekatan terhadap pelarian yang datang ke Amerika Syarikat dan melarang buat sementara waktu kemasukan pelancong dari tujuh negara Islam.

Tindakan itu dikatakan bertujuan membantu melindungi rakyat Amerika daripada serangan pengganas.
Negara Islam tersebut ialah Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman, menurut kenyataan White House.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, OIC perlu memanggil perjumpaan tergempar untuk membincangkan serta merangka strategi dan langkah-langkah diplomatik yang perlu diambil.

“Ini bagi menjamin keadilan serta memupuk persefahaman di antara semua pihak yang terlibat,” jelas beliau lagi.

– M’kini

.