MENGAPA SPRM TIDAK TAHAN MENTERI BESAR JOHOR, SOAL DAP

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang membuktikan Menteri Besar Johor Khaled Nordin mendapat sogokan daripada pemaju hartanah kata ahli Parlimen Tony Pua.

Ini kerana dakwaan pertama dibuat dalam kenyataan saksi dalam kes suruhanjaya itu tujuh bulan lalu terhadap bekas exco negeri Johor Abdul Latif Bandi, kata Pua yang merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

“Sebenarnya, semua pihak yang didakwa membuat bayaran sogokan itu perlu disiasat, dan sekiranya didapati bersalah, perlu didakwa dan dihukum,” kata Pua.

“Lagipun, SPRM sering berpendapat pemberi rasuah juga bersalah sama dengan penerima.

“Persoalannya ialah, adakah MB Johor kebal terhadap siasatan dan pendakwaan sama seperti Perdana Menteri Najib Razak dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan berbilion ringgit?

Abdul Latif didakwa menerima sogokan sehingga RM30 juta daripada pemaju sebagai balasan untuk menukarkan status lot bumiputera kepada lot bukan Bumiputera.

Turut didakwa bersama pemimpin Umno itu perunding hartanah Amir Shariffuddin Abdul Raub. Kedua-duanya didakwa menerima suapan bagi mengurangkan caj 7.5% evi yang dikenakan terhadap pemaju kerana mengubah status lot.

“Apa yang paling mengejutkan terdapat dalam keterangan saksi, di maa Amir mengaku menghantar wang tunai hampir RM12 juta kepada menteri besar kerana bantuan MB dalam keperluan untuk menukar status tanah itu,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Pua mendakwa, menurut dokumen, Amir Shariffudin mengakui membayar Khaled sebanyak RM9.7 juta secara tunai dalam lebih 10 transaksi antara 16 April 2014 dan 4 Mei 2016.

SPRM telah mengesahkan kesahihan keterangan saksi, kata Pua.

Pada 8 November, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, kenyataan itu diserahkan kepada peguam defendan untuk tujuan pembelaan.

SPRM telah membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat yang dimuat naik dalam talian.

Pada 19 April, Amir Shariffuddin, Abdul Latif dan seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dengan 33 pertuduhan rasuah berjumlah RM30.3 juta.

Pada 14 Jun, tiga terbabit turut didakwa dengan 21 pertuduhan kerana melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) kerana menggubah RM35.7 juta.

Namun tuduhan terhadap urusan tanah yang korup itu membawa kepada pimpinan peringat tertinggi kerajaan Barisan Nasional Johor itu didedahkan pada Isnin di sidang Dewan Undangan Negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senai (DAP) Wong Shu Qi meminta khaled menjawab pertuduhan bahawa beliau menerima RM12 juta sogokan sebagai balasan kerana membantu pertukaran status tanah lot Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Wong mendakwa, tuduhan itu dibuat menerusi sebuah blog yaang turut menyiarkan keterangan saksi Amir Shariffuddin.

Wong diminta keluar dewan Johor selepas enggan menarik balik kenyataannya.

– https://www.themalaysianinsight.com

.