MENGAPA JAMAL TAK LAPOR POLIS?

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus yang sebelum ini menjadi bahan ketawa kerana aksinya bertuala ketika pergi ke pejabat SUK Selangor di Shah Alam, kini membuat satu lagi kejutan.
Jamal yang selepas itu menyerbu beberapa pusat judi di sekitar Ampang dengan memakai jubah pula, kali ini mendakwa beliau telah dicampakkan dengan sebuah beg berisi wang tunai RM1 juta.
Menurut Jamal, beliau percaya perbuatan itu adalah percubaan untuk membelinya berikutan tindakannya menyerbut pusat-pusat judi sebelum ini.
Bagaimanapun, Jamal dilaporkan mencampakkan kembali beg tersebut kepada orang yang mencampakkannya itu.
Wowwww….hebatnya…campak dibalas dengan campak.
Tetapi, kenapa tiada sekeping gambar atau video pun berkaitan aksi campak-mencampak beg itu?
Mencampak air kepada seorang perempuan yang mahu menghantar air ke rumahnya pun bersepah-sepah pengikut Jamal merakam gambarnya, kenapa aksi dicampak dan mencampak beg berisi wang RM1 juta langsung tidak dirakam?
Gambar begnya pun takkan tiada juga?
Selain itu, kenapa Jamal tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu, sebaliknya hanya memilih untuk menulisnya di Facebook?

Sebelum ini, sikit-sikit buat laporan polis, tetapi kenapa kali ini Jamal atau kawan-kawannya tidak membuat laporan polis tentang perbuatan yang terang-terang suatu kesalahan dan cuba merasuahnya?

– http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.