MEMOIR ROBERT KUOK DILANCARKAN DI HONG KONG, SINGAPURA HARI INI

“RAJA gula” Robert Kuok hari ini melancarkan autobiografinya di Hong Kong dan Singapura, yang mengandungi perincian tentang kehidupan Kuok, pandangannya terhadap Malaysia dan hubungannya dengan semua perdana menteri negara ini.

Petikan biografinya dikeluarkan The South China Morning Post (SCMP) yang pernah dimiliki Kuok, lelaki yang disenaraikan Bloomberg ke-54 terkaya di dunia.

Di dalam buku “Robert Kuok, A Memoir” yang mempunyai 376 halaman itu, Kuok berkata beliau mengenali kesemua enam perdana menteri Malaysia dan berkongsi pandangan bagaimana beliau melihat trajektori Malaysia sejak 1969.

Kuok menggambarkan perdana menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman sebagai graduan undang-undang berpendidikan tinggi yang luar biasa.

Sungguhpun mempunyai ramai kawan, Kuok berkata Tunku tidak mengamalkan kronisme.

Kuok juga menceritakan ayahnya dan ayah perdana menteri ketiga, Hussein Onn iaitu Onn Jaafar saling mengenali sejak 1930-an lagi.

Beliau yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Hussein, menasihatkannya supaya hanya melantik rakyat Malaysia yang terbaik tanpa mengira bangsa dan warna kulit sebelum menjadi perdana menteri.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.