MELAYU, WHERE ARE YOU GOING?

GUEST BLOGGER

Soalan-soalan pembuka gelangang kepada orang Melayu.

Kek ekonomi negara sudah sebesar mana agaknya? Bagaimana pembahagiannya ?

Bolehkah sasaran negara berpendapatan tinggi dan 20 negara terhebat dengan pendapatan cecah trillion dapat memastikan kek ekonomi di agih secara adil dan saksama?

Diukur dari segi penguasaan ekonomi antara kaum, Melayu bangsa majoriti di Malaysia masih ketinggalan jauh.

Sebahagian besar kaum Cina terus bergerak laju menguasai sebahagian besar kek ekonomi.  Manakala hanya kelompok Melayu kecil merasa bahagian kek yang besar dan agak selesa.

Siapa kelompok kecil Melayu yang merasa kek ekonomi yang besar dan banyak daripada keseluruhan kek ekonomi Melayu?

Di mana kedudukan dan kelompok kecil Melayu ini berada dalam pembahagian keseluruhan kek ekonomi  negara?

Adakah kelompok kecil Melayu ini boleh bertahan dan terus dapat mengembangkan kek ekonomi mereka untuk dikongsi secara merata dengan golongan pertengahan dan bawahan?

Agak berapa peratus golongan pertengahan dan bawahan ini mendapat bahagian mereka?

Jurang ekonomi yang semakin melebar sesuatu yang tidak bagus untuk negara. Malah, boleh mendatangkan impak jauh lebih buruk.

By Gondrong

– http://lifeofaannie.blogspot.my/

.