“Boleh diibaratkan seperti kereta dan pemandu yang sering kemalangan. Tukarlah kereta apa sekalipun. Proton, Honda, Mercedez dan BMW. Kalau pemandu itu tidak cekap, lalai, tidak bertanggungjawab. Kereta apa sekalipun yang dipandu, tidak ada maknanya.

“Jadi yang perlu ditukar bukan kereta tetapi sikap dan cara pemandu itu. Begitu jugalah kita yang perlu berubah dan diubah sebenarnya adalah pemikiran, sikap dan budaya Melayu itu. Bukannya parti yang menjadi wadah orang Melayu berjuang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berucap dalam Konvensyen UMNO Johor 2016 yang dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Hotel Holiday Villa sini sebentar tadi.

UTUSAN

.