MEDIA PRIMA BAKAL SIAR PROGRAM BERKUALTITI DARI CHINA

8TV Media Prima Television Network, akan menjalin usaha sama dengan China Intercontinental Communication Centre (CICC) bagi membawa kandungan berkualiti dari China untuk dipertontonkan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Datuk Kamal Khalid berkata kerjasama jangka panjang itu bermula dengan penyiaran sembilan episod program dokumentari yang dipanggil ‘USilk’ di 8TV, yang berkisar kepada kebudayaan China.

“Mengikut perjanjian (Memorandum Persefahaman – MoU), kami akan dapat manfaat lain seperti penerbitan bersama, pertukaran bakat, teknologi dan lain-lain.

“Ini (USilk) merupakan langkah pertama (untuk kerjasama pada masa akan datang),” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas menandatangani MoU itu bagi pihak Media Prima, dan CICC, yang diwakili ole Naib Presidennhya Jing Shuiqing .

USilk, yang akan disiarkan pada waktu puncak di seluruh negara pada setiap Ahad, pada 6.30 petang, diterbitkan oleh CICC dan rakan kerjasama antarabangsanya.
Program itu adalah yang pertama daripada pelbagai kandungan berkualiti, yang memberi peluang kepada penonton Malaysia untuk mempelajari mengenai China.

Ditubuhkan di Beijing pada Disember 1993, CICC ialah agensi kebudayaan antarabangsa menyeluruh yang mempunyai kepakaran dalam penerbitan program audio visual, komunikasi dan media baharu Internet.

– Bernama

.