MCA TETAP ‘PENTING’ DALAM BN

MCA masih penting sebagai salah sebuah parti dalam komponen BN bagi memastikan sistem mengikut perlembagaan negara dapat dipertahankan.

Naib Presiden MCA, Datin Chew Mei Fun berkata, sekiranya MCA meninggalkan BN selepas mengalami kekalahan teruk pada PRU 2008 dan 2013, sudah pasti usul RUU 355 dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang Parlimen bulan lalu dapat dibahaskan dan diluluskan.

“MCA tak ambil keputusan keluar BN kerana yakin antara 13 parti komponen, masih ada persefahaman terjalin, malah cukup yakin BN parti paling berpengaruh di negara kita,” katanya  seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.

Menurut beliau, ramai orang anggap  MCA tidak meninggalkan BN kerana mahu memegang jawatan dalam kerajaan.
“Dakwaan pemimpin MCA mahu jawatan dan pangkat sebenarnya silap. MCA sehingga hari ini kekal dalam BN  kerana mahu pertahankan sistem pemerintahan berbentuk kesederhanaan dan memelihara Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

– SH

.