MCA MINTA UMNO KELUAR DARI BAWAH TEMPURUNG EKORAN PERTEMUAN MAHATHIR ANWAR

Seperti yang telah saya ramalkan pertemuan mengejut antara Dr.Mahathir dengan Anwar Ibrahim musuh politik utamanya ternyata telah membawa suatu dimensi baru dalam arena politik Malaysia yang tidak boleh dipandang kecil oleh parti-parti komponen BN terutama UMNO sendiri.

Kenyataan MCA hari ini telah melihat ini sebagai simbol dinamisma taktik politik Mahathir menggambarkan keyakian baru orang Melayu dan meminta UMNO keluar dari kepompongnya yang takut dengan bayang-bayang orang Cina dan memomokkan sebagai Islam berada dalam ancaman.

Pengerusi Biro Keharmonian agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker menganggap bahawa retorik yang menakutkan ini yang menggambarkan seolah-olah orang Melayu terancam tidak lagi berkesan kepada generasi baru Melayu kerana orang Melayu sekarang dalam keadaan lebih kuat dari dahulu.

Jika Dr.Mahathir boleh menjadi Machiavellion untuk mendakap Anwar dalam perubahan suatu permainan, mengapa tidak UMNO? Tanya Datuk Ti.

Kenyataan Datuk Ti ini jelas meletakkan UMNO dan khususnya Pemuda UMNO sebagai parti yang tidak lagi sejajar dengan perkembangan minda generasi baru walaupun diketuai oleh seorang yang berkelulusan Oxford tetapi masih membiarkan pemuda-pemudanya bermain dengan politik kekampungan yang tidak relevan dengan generasi terpelajar Melayu kini .

Walaupun ini tidak dinyatakan oleh Ketua Pemuda sendiri, Khairy Jamaluddin tetapi beliau ternyata lebih mementingkan survival dirinya dari survival UMNO. General-generalnya sentiasa menggambarkan Melayu berada dalam ketakutan dan menunjukkan reaksi sanggup berperang dan tidak bersikap rasional.

“Telah berlalu hari hari-di mana UMNO boleh menunjukkan jari kepada golongan minority dengan mempamerkan kekuatan dan menjerit supaya Melayu dan Islam bersatu untuk menentang orang lain”,kata Datuk Ti.

Pandangan Datuk Ti ini tidak boleh dipandang sebagai berunsur perkauman tetapi adalah suatu pandangan yang dinamik dan relavan kepada realiti politik terkini dari kebangkitan generasi Melayu baru yang mahukan kepada kepimpinan yang berwibawa, bersih, cekap dan amanah dari hanya mencari undi atas teriakan perkauman dan keugamaan.

Ti berkata keyakinan di kalangan orang Melayu sekarang membolehkan mereka berfikir di luar kotak atau feudalistics

Saya percaya pandangan Datuk Ti ini tidaklah hanya merupakan fikiran beliau sahaja tetapi tentulah juga fikiran pemimpin-pemimpin MCA yang melihat dinamisma politik dalam kesanggupan Mahathir berjabatan tangan dengan musuh lamanya Anwar Ibrahim disamping bersama dengan DAP yang dianggap sebagai parti perkauman Cina demi keselamatan maruah bangsa Malaysia dan negara. –¬†http://zamkata.blogspot.my/

.