MCA MAHU UMNO HORMATI SEMANGAT BN

PETALING JAYA – MCA menggesa Umno supaya menghormati semangat Barisan Nasional dan berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa, rundingan dan saling menghormati.

Pengerusi Publisiti Bironya, Datuk Chai Kim Sen berkata, perkara ini merujuk kepada kenyataan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa MCA akan mengambil semula kerusi Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan yang dipinjamkan kepada Umno pada pilihan raya lalu.

“Pemulangan semula kerusi tersebut amat diperlukan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Kim Sen, memandangkan calon Umno gagal memenangi kerusi terbabit, mereka perlu memulangkannya semula kepada MCA untuk pihak parti percaya mampu merampas semula kawasan terbabit daripada pembangkang.

“Malah Umno perlu memulangkannya semula dan tidak perlu menjadi perbahasan sekali lagi,” katanya.

Selain itu, Kim Sen menegaskan bahawa MCA pernah menyerahkan kerusi Parlimen milik mereka (dengan mudah).

“Sebaliknya MCA akan berusah keras untuk mencari strategi melakukan kejutan. Parti kami telah melaksanakan proses reformasi dan transformasi.

“Pemimpin Umno juga perlu mengelak daripada mengabaikan parti komponen dan harus berdiri bersama sekutunya serta menyokong MCA melawan pembangkang,” katanya.

MSTAR

.