MB PERLIS SURUH RAKYAT TANAM SAYUR UNTUK JIMAT BELANJA

MENTERI Besar Perlis Azlan Man menyarankan rakyat untuk berkebun dan menanam sayur di kawasan rumah untuk mengurangkan perbelanjaan harian.

Beliau berkata cili, sawi, kubis, kangkung, serai merupakan antara tanaman komersial yang hasilnya boleh dituai dalam jangka masa pendek dan mudah diuruskan.

“Perkara ini (berkebun) belum menjadi kebiasaan di kalangan rakyat di negeri ini walaupun kerajaan sering cakap mengenai pentingnya pertanian.

“Jika rakyat mula bercucuk tanam dan peroleh hasil, secara tak langsung dapat kurangkan perbelanjaan harian, selain itu boleh jual secara kecil-kecilan dan tambah pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pertanian Bandar di Kangar, hari ini.

Katanya, rakyat juga harus mengambil iktibar serta mencontohi penduduk di negara jiran yang banyak mengusahakan bidang pertanian secara  moden dan mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi.

– Bernama

.