MASIH BERCITA-CITA JADI PRESIDEN PADA USIA 92

HARARE – ZIMBABWE. Parti pemerintah Zimbabwe menyatakan akan mencalonkan semula Presiden Robert Mugabe dalam pilihan raya Presiden akan datang.

Memetik laporan Daily Mail, Sekteriat Parti Zanu-PF, Ignatius Chombo memaklumkan, dokongan kepada Mugabe secara rasmi akan dinyatakan dalam konvensyen tahunan parti itu yang akan berlangsung pada bulan ini.

Pilihan raya presiden akan diadakan pada 2018, di mana ketika itu usia Mugabe sudah mencecah 94 tahun.

“Mugabe seorang pejuang yang bijaksana dalam menyatukan Zimbabwe,” kata Chombo.

Mugabe telah memerintah Zimbabwe sejak awal kemerdekaan negara itu pada 1980.

Sebelum ini, Mugabe pernah menyampaikan hasrat untuk memerintah Zimbabwe sehingga akhir hayatnya.

– UTUSAN

.