MANA LAGI RM110 JUTA, NASHA?

Antara perkara yang tentunya memeranjatkan yang terkandung dalam kenyataan pembelaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung saman Hadi Awang terhadapnya ialah wujudnya dakwaan pembayaran sebanyak RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Daripada jumlah RM200 juta itu, sebanyak RM90 juta dikatakan disalurkan kepada beberapa pimpinan kanan Pas untuk tujuan supaya mereka menyokong UMNO dan BN.

Sebelum kenyataan pembelaan Clare,  Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah tampil dengan akuan bersumpah mendakwa Najib ada memberi sejumlah wang yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada Nasharuddin untuk diagih-agihkan kepada para pemimpin Pas.

Berikutan itu, Nasharuddin mengancam untuk menyaman Rafizi, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

Sehingga Hadi tampil dengan kenyataan balasnya sebelum perbicaraan sebenar berlangsung di London nanti dan sementara Nasharuddin juga masih berdiam diri, baik berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Rafizi, mahupun pendedahan terkini beliau menerima RM200 juta sebagaimana dalam kenyataan pembelaan Clare, mari kita bermain-main  dengan angka mudah buat seketika.

Jika RM200 juta disalurkan kepada Nasharuddin dan daripada jumlah itu, hanya RM90 juta diberikan kepada beberapa pemimpin Pas berdasarkan maklumat boleh dipercayai daripada S Ambiga kepada Clare, di mana lebihan RM110 juta lagi?

Dalam simpanan siapa sekarang wang RM110 juta itu?

Apa jadi kepada wang itu selepas ini?

Adakah ia akan menjadi milik kekal orang tengah atau broker atau memang RM110 juta itu merupakan untung berniaga?

Tahukah Pas tentang kewujudan angka RM200 juta tersebut?

Adakah Najib puas hati, jika benar daripada RM200 juta yang pernah diberikannya itu, tetapi hanya RM90 juta saja yang sampai ke sasaran sebenar?

Begitu juga dengan Pas, apakah mereka turut berpuas hati, kiranya benar jumlah RM200 juta itu adalah angka yang sahih, namun yang diterima hanya RM90 juta saja?

200 – 90 = 110 – jadi broker jauh lebih untung daripada berjuang untuk agama dan bangsa?

Adakah ini seperti yang pernah disebut oleh P. Ramlee – jual orang lebih untung dari jual unta?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.