‘MANA BUKTI BN DALANG BURUK IMEJ BERSATU’

ALOR SETAR – Pemuda Umno meminta Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan bukti dakwaan cybertrooper BN menggunakan akaun Facebook palsu untuk memburukkan Bersatu.

Naib Ketua Pemuda Umno, Senator Khairul Azwan Harun berkata, sekiranya Mukhriz merasakan suatu keperluan untuk Bersatu buktikan kewujudan akaun palsu terbabit, Umno tiada halangan.

Menurutnya, sekiranya Mukhriz boleh buat dakwaan itu, BN juga boleh buat benda yang sama, ini kerana cybertrooper di pihak pembangkang juga semakin bertambah dan galak melontarkan pelbagai fitnah.

“Dunia maya merupakan cabaran yang sangat besar untuk politik.

“Mana-mana parti yang terlebih dahulu menangkis sesuatu isu, parti itu akan mendapat tempat,” katanya, semalam.

Khairul Azwan berkata, Pemuda Umno juga sedang membaiki kelemahan cyber trooper mereka.

“Saya berpendapat cybertrooper kita masih terlambat dalam menjawab isu-isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang.

“Saya tidak nafikan, politik Malaysia sangat memerlukan media sosial, sebab itu kita membaiki kelemahan-kelemahan yang ada,” katanya.

– SH

.