MALAYSIA TIDAK “DIJAJAH” OLEH CHINA – LIOW

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Tegasnya, Malaysia “tidak dijajah” oleh China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.

Sekalipun FDI dari China meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Tiong Lai tegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.

“Di Malaysia, China bukan nombor satu. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara-negara Asean.

“Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah oleh China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” katanya kepada pemberita di sini.

– Bernama

.