Malaysia diingatkan usaha contohi model kawalan internet S’pura

Human Rights Watch (HRW) memberi amaran agar Malaysia tidak mencontohi model Singapura dalam usahanya mengawal Internet menerusi cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).

Kerajaan Malaysia mengambil risiko untuk meniup api kemarahan di kalangan rakyat negara ini jika berterusan mengambil tindakan tegas terhadap kebebasan bersuara, kata Timbalan Pengarah Rantau Asia HRW, Phil Robertson pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

“Mereka (kerajaan) diibaratkan cuba untuk meletakkan jin Internet ke dalam botol dan kembali ke era kerajaan mengawal apa yang dicetak di dada-dada akhbar,” kata Robertson.

“Cadangan pindaan ke atas CMA amat membimbangkan,” kata beliau.

Antara lain, Robertson memetik peruntukan di bawah Seksyen 211 CMA yang meliputi larangan ke atas kandungan yang menyinggung dan termasuk kandungan dengan niat untuk “menyakitkan hati atau mengganggu” orang lain.

“Apa yang menjengkelkan? Seseorang yang menunggang motosikal dengan bunyi yang sangat bising menjengkelkan kepada saya …,” katanya.

Sekadar budi bicara untuk pendakwaan

Ini melangkaui cadangan pindaan untuk memberi kuasa yang lebih luas dan sekadar budi bicara kepada kerajaan untuk mendakwa mana-mana individu, kata Robertson.
Selain daripada kebimbangan individu, ujar beliau, kini juga adalah masa untuk syarikat antarabangsa utama bersuara dalam mempertahankan kebebasan Internet.

“Ini adalah cabaran besar bagi kebebasan Internet di Malaysia,” jelasnya.

– M’kini

.