MALAY REGIMENT: DAP TERIMA KASIH ‘TINDAKAN BETUL’ MENTERI

DAP menyatakan rasa terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak atas arahan beliau agar babak filem yang meremehkan DAP itu disunting.

Kenyataan tersebut dibuat oleh setiausaha organisasi kebangsaan DAP Anthony Loke sewaktu hadir pada pameran seni Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

Anthony berkata menteri melakukan tindakan yang betul atas arahan tersebut. Semalam, Salleh mengarahkan pemotongan sebuah babak yang dianggap merendah-rendahkan DAP dalam filem Malay Regiment.

Babak tersebut memaparkan seorang lelaki Cina bersebelahan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran kenderaan “DAP165” sedang menghadap Parlimen dan merancang untuk mendapatkan kuasa.

Nombor pendaftaran “DAP165” ditampilkan sebagai mainan makna kata terhadap istilah “DAPigs” yang sering digunakan dalam talian bagi memburukkan parti tersebut.

Ia ditampilkan dalam trailer filem itu. Filem Malay Regiment dijadualkan untuk tayangan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2017 ini.

Pengarah filem Jurey Abdul Latiff Rosli berkata beliau akan patuh arahan menteri tetapi menafikan cuba untuk menggambarkan sentimen anti-DAP.

– M’kini

.