MAKAN SEDERHANA RAHSIA HIDUP SIHAT MAHATHIR

Gaya hidup dengan makan secara sederhana, tidak merokok dan tidak minum arak adalah rahsia hidup sihat yang diamalkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Oleh itu nak tanya apa saya buat, (petua) saya itu saja. Saya tak hisap rokok dari awal, tak minum (alkohol), saya makan sederhana walaubagaimana sedap sekalipun,” katanya dalam soal jawab secara langsung di Facebook.

Beliau ditanya oleh seorang netizen tentang bagaimana melakukan solat sambil berdiri, sedangkan ramai individu yang lebih muda terpaksa duduk ketika melakukan ibadah itu.
“Sebelum dilahirkan jantung dah berdenyut. Saya umur 91, dekat 92. Selama itu, jantung pam tak henti, dia henti saya matilah.

“Itu sebab kita kena fikir bersama, tentang beban yang ditanggung oleh jantung. Jika kita terlalu gemuk, jantung terpaksa kerja kuat, lama-lama dia give-up lah.

“Sebabnya kita dapati ramai orang overweight (berat badan berlebihan)  mereka hadapi banyak masalah, blood pressure (Tekanan darah tinggi), angin akmar,paralysis (lumpuh). Semua ini sebabkan makan terlalu banyak sebabkan darah tinggi, yang beri beban kepada jantung dan sistem lain,” ujarnya.

– M’kini

.