MAJLIS GEREJA BERDOA KEBENARAN MENGENAI 1MDB, HUDUD

Majlis Gereja Sabah berdoa agar kebenaran tiba di Malaysia, terutamanya dalam kalangan mereka yang berkuasa.

Presidennya, Rev Jerry Dusing berkata antara lain, kebenaran perlu diketahui dalam isu-isu mengenai 1MDB dan ‘Rang undang-undang hudud’.

“Apakah kebenaran 1MDB? Sebagai rakyat Malaysia yang samar-samar, kami kecewa menanti negara-negara asing mendedahkan kebenaran mengenai misteri ini,” kata Dusing dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB kini menjadi subjek siasatan di beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Beberapa sabitan telah diperolehi di Singapura setakat ini manakala pihak berkuasa Switzerland bertindak tegas ke atas beberapa bank kerana melakukan kesilapan prosedur.

1MDB menafikan dakwaan salah urus dan penyelewengan dana.

Sementara itu Dusing juga meminta kebenaran terhadap ‘rang undang-undang hudud’ yang didakwa cubaan Putrajaya untuk ‘mengislamkan’ penduduk Pantai Timur melalui ‘ancaman, ugutan dan penipuan’.
“Rakyat Sabah bersatu dalam pendirian kami terhadap sebarang cubaan mengelirukan yang mencabar kebebasan beragama kami yang dijamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Rang undang-undang hudud merujuk kepada rang undang-undang ahli persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang kemudian akan diambil alih kerajaan.

– M’kini

.