MAIMUNAH DILANTIK KETUA WANITA HARAPAN

SEREMBAN – Wanita Pakatan Harapan (Harapan) Negeri Sembilan mengumumkan barisan kepimpinan gabungannya di negeri ini dengan nisbah 5:5:5:5 antara empat parti komponennya.

Ketua Wanita Bersatu Negeri Sembilan, Maimunah Kader dipilih sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan,manakala timbalannya adalah Mary Josephine (DAP), Azlinah Zamli (PKR) dan Norwani Ahmat (Amanah) .

Bagi jawatan Naib Ketua diwakili oleh semua parti iaitu Nicole Tan Lee Koon (DAP), Rosmihayati Mohd Khairuddin (Amanah), Bathavaty (PKR) dan Aminah Hamzah (Bersatu).

Sementara itu Maimunah berkata, pemilihan bagi semua jawatan dibuat secara sistem demokrasi, namun mereka telah pun bersetuju lima wakil dilantik daripada setiap parti.

“Ia sekaligus menunjukkan setiap wakil daripada parti komponen diberi tangungjawab dan peranan sama rata supaya mudah untuk kita menjalakan tugas.

“Terima kasih kepada semua rakan parti yang memberi kepercayaan untuk saya mengetuai kepimpinan wanita di negeri ini,”katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis pelancaran Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan semalam.

Menurutnya, meskipun setiap parti mempunyai ideologi dan corak kepimpinan yang mungkin berbeza, namun beliau berharap ia dapat dilupakan buat sementara waktu demi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke 14 tidak lama lagi.

– Sinar Harian

.