MAHKAMAH PUTUSKAN ADUN PUJUT KEKAL JAWATAN

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Kuching hari ini, memutuskan supaya kedudukan Dr Ting Tiong Choon, dikembalikan semula sebagai Adun Pujut.

Memetik laporan Bernama melaporkan, mahkamah itu dalam keputusannya mengisytiharkan pembatalan terhadap pelucutan kelayakan Ting oleh Dun Sarawak berhubung isu dua kerakyatan.

Sebelum ini, Dun Sarawak memutuskan pada 12 Mei lalu bahawa Ting telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kerana didakwa mempunyai kerakyatan Australia.

Bagaimanapun, 13 Mei lalu, BN Sarawak merayu keputusan mahkamah itu.

Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kiong yang juga seorang peguam berkata, satu injunksi akan difailkan dahulu untuk membolehkan mahkamah membuat semakan kehakiman terhadap keputusan oleh dewan undangan negeri.

Susulan perkembangan terbaharu Ini bermakna pilihan raya Dun Pujut yang jadualkan pada 4 Julai tidak akan diadakan.

– SH

.