MAHATHIR: SAYA RAGU KEKAYAAN ZAHID, TETAPI TIADA BUKTI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meragui sumber kekayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila beliau mengisytiharkan asetnya kepadanya lebih dua dekad lalu.

Walau bagaimanapun, Mahathir berkata beliau tidak mempunyai bukti.

“Pada masa itu dia (Ahmad Zahid) beri laporan mulut kepada saya, saya tak ambil berat perkara itu.

“Dia bagi penerangan kononnya hasil perniagaan, walaupun saya ragu, saya tidak ada bukti pada ketika itu.

“Sekarang ini patut dia jawab dari mana dia dapat wang sebegitu banyak, ramai peniga pun tidak ada duit banyak itu, saya tak pernah tengok duit banyak itu,” katanya.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan berhubung isu lanjutan perkhidmatan ketua hakim negara di Istana Negara di Kuala Lumpur petang ini.
Dalam catatan di blog semalam, Mahathir menimbulkan semula pengisytiharan harta yang dibuat Ahmad Zahid selepas dilantik sebagai Pemuda Umno pada 1996.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Ahmad Zahid gagal memberikan jawapan yang jelas berhubung wang RM230 juta dalam akaunnya.

– M’kini

.