MAHATHIR SAMBUT HARI JADI KE-92

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencecah umur 92 tahun dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan bersara daripada politik.

Beliau terus lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan parti pemerintah BN, walaupun satu masa dahulu mereka berada di pihak sama.

Dua tahun lalu, pada tarikh ini, Najib turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Mahathir dan mendoakan pendahulunya itu panjang umur.

89 tahun namun nampak muda bertenaga, kan? Selamat hari jadi Tun Dr Mahathir! Semoga Allah panjangkan umur.

Menteri Beliau dan Sukan Khairy semalam berkata Mahathir antara pemimpin yang sudah patut bersara daripada politik dan menuduhnya “akan terus memecahbelahkan rakyat”.

– M’kini

.