MAHATHIR, NAJIB TAK TERLIBAT KES LIWAT II, KATA BEKAS IGP

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam kes Liwat II membabitkan Datuk Seri  Anwar Ibrahim, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Mahathir bukan di belakang Liwat II, beliau tidak dipanggil oleh pihak polis,” kata Musa pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Ketika ditanya sama ada Najib – yang merupakan timbalan perdana menteri apabila Anwar didakwa pada tahun 2008 – terlibat dalam kes itu, ketua polis negara itu menjawab ‘tidak’.

Beliau mengulas dakwaan di laman web Malaysia Today yang diasaskan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Mahathir menggunakan dirinya dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memenjarakan Anwar.

Raja Petra di blog itu juga memanggil Musa, “anjing suruhan nombor satu” Mahathir.

Beliau berkata tiada kakitangan kerajaan akan menjadi “anjing suruhan” untuk ahli-ahli politik.

“Kadang-kadang kita tidak bersetuju dengan ahli-ahli politik.

“Kita hanya menjalankan tugas kita dan menyokong kerajaan yang memerintah berdasarkan dasar mereka,” katanya.

MKINI

.