MAHATHIR ‘LEBIH MUDA’ DARI NAJIB MELAYAKANNYA JADI PM KALI KEDUA

Apabila berlaku penggabungan  pemimpin-pemimpin extremist agama,perkauman dan  kiri dalam  PKR  berikutan  dengan penyingkiran Anwar Ibrahim dari UMNO, saya melihat ini sebagai suatu kejayaan penyerapan evolusi sosial yang dipelopori oleh dasar politik  UMNO.

Perikatan  memasarkan  modul dan  konsep kerjasama antara kaum dan agama sebagai  asas kemerdekaan untuk menjamin  kestabilan, keharmonian, kedamaian, dan kemakmuran negara.

Penggabungan parti-parti politik yang berlainan ideologi itu berlaku secara licin tanpa dirancang atau dipaksakan oleh Perikatan kepada pihak lain tetapi kejayaannya menumbangkan komunisme dan mengatasi berbagai cabaran  krisis politik dalaman dan luaran  semakin menekan lawan-lawannya untuk membuat berbagai penyesuaian politik.

Mereka  melihat kekuatan  ini dalam  kejayaan dasar -dasar  keselamatan negara, ekonomi dan  kemajuan yang pesat dalam semua bidang pembangunan negara yang semakin memantapkan kemerdekaan negara atas sokongan rakyat.

Cabaran 13 Mei menyebabkan kerjasama politik Perikatan itu menjadi lebih luas dengan merangkum lebih banyak parti di bawah  Barisan Nasional atas inisiatif Tun Abdul Razak atau UMNO.

Semakin pesat kemajuan negara semakin tidak relevan parti -parti pembangkang yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bertahan atas identiti asal, Pas bertukar dari nasionalis Melayu kepada parti ulama dan DAP  kepada ultra chauvanist yang semakin menjauhkan mereka dari arus perdana sebaliknya bergantung kekuatan kepada politik pengasingan.

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO ,beliau  membawa bersamanya formula perpaduan politik BN yang  segera disambut hangat  oleh parti-parti pembangkang yang melihat potensi kekuatan latar belakangnya  sebagai saduran  anasir radikalisme  dan kesederhanaan UMNO.

Penyertaan pengikut-pengikutnya dari UMNO menyebabkan beliau diyakini boleh menumbangkan UMNO dan membawa  pembangkang kearah kuasa.

Ini berlaku sebagai political accident dan bukannya by design yang boleh dilihat sebagai kejayaan  revolusi sosial dari penerapan nilai-nilai politik UMNO dari sejak sebelum merdeka

PAS  dan DAP yang  terpukau  dengan kepetahan,kelicikan dan daya politik Anwar telah sanggup   membenamkan prinsip parti masing-masing demi ke Putrajaya.

Tidaklah diduga bahawa PAS yang pernah mengkafirkan UMNO boleh bersekongkol dengan DAP yang sah kafirnya dengan menerima  “Petunjuk dan hidayah”  Anwar Ibrahim.

Anwar bertindak sebagai moderator untuk intraksi dan dialog antara pelampau  agama dan perkauman.

Inilah formula kerjasama yang berjaya  antara MCA  MIC dan UMNO dengan Tunku sebagai moderatornya bagi mencapai cita-cita politik sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Meminjam kata-kata seorang ahli akademik dan penulis terkenal Professor Dr.Ahmad Atory  Hussain “Pas berjaya melembutkan DAP dengan tazkirahnya ” dan kepada saya a DAP berjaya memurtadkan PAS untuk menerima beberapa proses pengurusan petandbiran negeri berasaskan keperluan “Kafir” umpamanya penerusan  penjualan arak, kelab malam, rumah urut dan sebagainya di Selangor.

PAS juga menolak hasrat ahlinya mahukan panggung wayang berasingan antara lelaki dan perempuan di Selangor. Sesudah bekerjasama dengan kafir maka barulah PAS mengetahui tanah tinggi rendah untuknya beribadat.

Dasar ultra perkauman DAP telah dicairkan menerusi kerjasama politiknya dengan  PAS dan Pas pula terpaksa bertolak ansur dalam  dasar kerasnya  untuk diterima oleh orang Cina.

Apa yang berlaku ialah revolusi sosial yang baik untuk masa depan rakyat Malaysia ,meningkatkan lagi dasar muhibbah antara kaum dan menguatkan dasar yang diinisiatifkan oleh Perikatan (UMNO,MCA dan MIC) .

Bagaimanapun amatlah menyedihkan pencapaian  revolusi sosial ini hasil buah tangan UMNO sendiri   akhirnya melihat UMNO  mundur kebelakang kerana kelemahan kepimpinannya yang memaksanya  mengadakan perkongsian dengan parti perkauman agama dan politik dan menerima pendekatan extreme  PAS(Akta 355) yang menyebabkan UMNO di lihat sebagai rasis oleh bukan Melayu.

Kerjasama UMNO dan PAS adalah suatu kemunduran politik sederhana UMNO yang menyimpang jauh dari dasar asal yang dipelupuri oleh Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Ismail.Maka itulah ramai veteran UMNO tidak lagi melihat UMNO relevant dengan mereka.

Tun Mahathir sebagai oportunis politik (meminjam pengucapan Professor Ahmad Atory) telah mengambil kesempatan diatas situasai ini dengan menubuhkan parti baru untuk bersama dengan DAP yang telah menggantikan MCA mewakili majoriti orang Cina dan juga parti-parti pembangkang lainnya.

Mahathir mengambil langkah yang sama dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim bila dipecat dari UMNO  untuk membenamkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib.

Ini juga berlaku by accident dan bukan by design.

Majority rakyat masih boleh menerima Tun  Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua kerana walaupun usianya lebih tua dari Najib tetapi fikirannya lebih segar,dinamik dan sezaman  dengan harapan generasi baru  yang menyebabkan rakyat melihat Najib lebih tua dan tidak relevan.

Setakat ini Mahathir  telah berjaya  melakukan apa yang mustahil dilakukannya 20 tahun lalu dengan DAP dan juga memulihkan  silatulrahim  dengan Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara kerananya.

Tidak juga mustahil jika Mahathir menjadi Perdana Menteri Kedua  atas tiket Pakatan Harpan, dalam masa yang singkat Anwar Irahim akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

– http://zamkata.blogspot.my

.