MAHATHIR: KALAU PAS TIDAK MAHU, BIAQ PI LAA….

KOTA BHARU – Bersatu tetap membuka pintu kepada Pas untuk bekerjasama walaupun parti itu sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan sudah berada dalam sistem politik negara dan Bersatu hanya menyertai untuk melengkapi blok pembangkang itu.

“Pakatan Harapan sudah ada, kita sekarang bersetuju bersatu dengan menyertai pakatan supaya kita menjadi satu posisi yang sama.

“Kalau dia (Pas) tidak mahu, saya tidak boleh kata apa, bagaimanapun pintu kita terbuka, bukan sahaja Pas, mana-mana parti yang nak masuk pun boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu hari ini sebelum mengadakan ceramah Perdana Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar yang menjelaskan pintu rundingan Pas dan Bersatu sudah tertutup apabila parti itu mengesahkan menyertai Pakatan Harapan.

Dalam pada itu ditanya kenyataan Mohd Amar yang menyatakan parti itu tidak lagi bersama Bersatu dalam pentas ceramah, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menyerahkan kepada Pas untuk membuat keputusan.

“Kalau Pas nak (sepentas)  tak apa, tetapi kalau dia tidak nak pun saya tidak kisah,” katanya.

– SH

.