MAHATHIR GEMPARKAN NEGARA.

IBRAHIM ALI SOKONG LANGKAH MAHATHIR
Seorang yang paling kuat menyokong Tun Mahathir bagi penyingkiran Anwar Ibrahim dari UMNO dan sekarang Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali telah mengistiharkan sokongan pada Mahathir berbaik semula dengan Anwar(Lihat Free Malaysia) kerana ini merupakan ajaran Islam.

Tindakan Mahathir menemui Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menggemparkan Negara pastinya kerana beliau memikirkan RM 2.6 billion yang masuk ke dalam poket adalah lebih besar dosanya daripada masalah moral Anwar.

Lebih dari itu beliau mengutamakan hak rakyat yang akan lebih tertekan dengan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (National Security Council Act 2016- NSC Act) yang disifatkan oleh Tun sebagai mengambil kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan UMNO tidak menghormati Majlis Raja-Raja kerana kepentingan seorang pemimpin.

Benarlah kata-kata Tun “Tidak ada musuh dan kawan yang kekal dalam politik.” Penyokong-penyokong Anwar tentunya menerima realiti ini dengan melihat hakikat bahawa Mahathir benar-benar political animal( Haiwan Politik).

Jika Mahathir berbaik dengan DAP di anggap sebagai mengkhianati Melayu, maka apakah pula kata=kata UMNO dengan langkah Mahathir berbaik semula dengan Anwar. Adakah beliau mengkhianati Negara, Agama dan Bangsa?

Bagaimana dengan sikap PAS yang sebelum ini menjadi “budak suruhan” Anwar ketika Anwar berbaik dengan DAP demi untuk memenohi hasrat Haji Hadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Tindakan Mahathir hari ini membawa suatu scenario baru dalam politik Malaysia dan juga luar negara. Anwar masih mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat dan penyokong -penyokong senyap dalam UMNO.

Aanggapan bahawa Anwar tidak ada lagi masa depan dalam politik Malaysia, mungkin tidak terpakai lagi malah Mahathir bila di tanya apakah beliau akan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika menang dalam pilihanraya kelak, Mahathir hanya menjawab terlalu awal untuk memberi ulasannya tetapi beliau tidak menolak kemungkinannya.

Suatu keyakinan baru dalam politik Malaysia mulai terserlah. –¬†http://zamkata.blogspot.my/

.