MAHATHIR BUAT-BUAT LUPA PUNCA MELAYU BERPECAH

SHAH ALAM – Pas mengibaratkan¬† kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti itu punca perpecahan Melayu sebagai ‘paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata semasa zaman Mahathir dulu pun sudah ada perpecahan berlaku.

“Parti mana yang pemecah orang Melayu? Pas atau Umno? Melayu paling teruk berpecah semasa zaman beliau dengan kewujudan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

“Bukan setakat Melayu berpecah, Umno asal pun hancur, tiga timbalan PM dan Timbalan Presiden terpelanting,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan mendakwa kedegilan Pas untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam menakluki Putrajaya dilihat menjadi punca umat Islam berpecah.

Katanya, Pas tidak mendatangkan apa-apa pada negara selain daripada memecah-belahkan orang Melayu Islam.

Sementara itu, Idris turut mengatakan Mahathir buat pusingan ‘u turn’ apabila sudah masuk pembangkang.

“Demi cita-cita politik, Tun sanggup pakai tag ‘Free Anwar’, siapa yang aib Anwar? siapa yang perosok Anwar dalam penjara?

“Apa yang pemimpin Umno buat sekarang pada beliau adalah hasil air tangannya. Insya-ALLAH umur Tun panjang sebagaimana¬† untuk lihat hasil kerja tangannya selama 22 tahun,” katanya lagi.

– Sinar Harian

.