MAHA FIRAUN

Semasa Nabi Musa a.s berdakwah kepada Firaun, Firaun bertanya kepada Musa di manakah Tuhan yang disembah oleh Musa? Secara ringkasnya, Musa menjawab bahawa Tuhan berada di langit.

Maka Ayat 36 Surah an-Nahl di atas menceritakan bagaimana Firaun menyuruh Haman membina menara yang tinggi.

Menara yang tinggi ini adalah supaya Firaun dapat melihat Tuhan dan menganggap Musa seorang pendusta.

Ayat 37 di atas, dari surah yang sama, menceritakan bagaimana Syaitan perhiaskan kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta dia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.

Sesuai dengan gelaran Mahafiraun yang diberikan oleh para penyokong Anwar Ibrahim sekitar tahun 1998, Mahathir membuktikan betapa relevannya ayat-ayat suci Al Quran di masa kini yang mana perlakuan Firaun di zaman Nabi Allah Musa a.s masih menjadi ikutan.

Sesuai dengan kepercayaan Firaun bahawa beliau adalah tuhan yang paling tinggi (an-Nazi’at Ayat 24), Mahathir kini sudah berani mengharamkan yang halal dan berperangai melebihi Tuhan, mengetahui mana ibadah yang mendapat al-birru (kebaikan) dan maqbul, dan mana satu ibadah yang nyata ditolak Allah.

Ayat 116 Surah an-Nahl di atas bolehlah ditujukan khas kepada orang yang merasakan dirinya lebih tinggi dari Firaun.

Ayat tersebut bermaksud:

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.”

Mungkin sebagai Mahafiraun Mahathir boleh menerangkan bagaimana pula hukum menunaikan ibadah menggunakan hasil yang diperolehi dengan cara penipuan?


Bagi saya, syarat untuk dapat menunaikan ibadah Umrah atau Haji itu ada tiga kesemuanya dan perlu ada ketiga-tiganya:

  • Mampu pergi,
  • Sihat tubuh badan,
  • Dijemput Allah SWT untuk ke rumahNya

Jika mampu pergi dan sihat tubuh badan tetapi tidak dijemput Allah SWT, tak dapatlah seseorang itu pergi.

Jika mampu pergi dan dijemput Allah SWT tetapi tubuh badan tidak sihat, tak dapatlah seseorang itu pergi.

Sekiranya sihat tubuh badan dan dijemput Allah SWT tetapi tidak mampu, tak dapatlah seseorang itu pergi.

Jelas Mukhriz di atas dijemput Allah SWT dan telah memenuhi ketiga-tiga syarat yang saya senaraikan di atas.

Maka bukan hak saya untuk menjatuhkan hukum sama ada ibadah Mukhriz dan keluarganya itu mabrur ataupun tidak kerana menjatuhkan hukum itu hak Allah SWT seperti yang disebut dalam Surah An-Nahl di atas.

Namun Mahathir tidak berfikir sedemikian. Bersebab beliau digelar Mahafiraun.

Dan buat Mahafiraun yang suka menjatuhkan hukum, Ayat 117 Surah an-Nahl memberi peringatan:

(Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

– https://seademon.me

.