MACAM WILAYAH MAFIA, KATA MUFTI

“Sungguh serius dan menakutkan, macam wilayah mafia. Susah nak percaya.”

Begitu reaksi segera mufti Perlis Datuk Dr Asri Zaibul Abidin di media sosial terhadap laporan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkaitan kemungkinan wujud cubaan menutup kes penyeludupan orang di Wang Kelian, Perlis.

Asri menulis perkara itu di Facebook sambil berkongsi pautan berita New Straits Times (NST).

Laporan harian itu yang bertajuk Was there a cover-up in Wang Kelian? merujuk kepada penemuan kubur beramai-ramai mangsa penyeludupan manusia di kawasan sempadan Thailand pada 2015.

Laporan itu mendakwa terdapat percubaan menutup perkara itu dengan merosakkan bukti.

Laporan dan dokumen lain dalam penyiasatan juga didakwa disunting.

Pada 1 Mei 2015, pihak berkuasa Malaysia dikejutkan dengan kem-kem penyeludupan manusia dan kubur massa oleh warga Thailand.

Mereka memeriksa kawasan sempadan Malaysia dan menemui 139 kubur pada 24 Mei, bersama lebih kurang 24 kem seumpamanya, lapor NST.

– M’kini

.