Lompat parti – DAP tuding jari pada Shafie

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengecam tindakan beberapa pemmpin dan ahli parti itu di Sabah kerana menukar haluan kepada parti berasaskan tempatan.

Menurut Chong dakwaan mereka bahawa hanya parti setempat dapat mempertahankan hak penduduk negeri itu adalah alasan yang dibuat-buat.

Sebaliknya Chong mendakwa punca sebenar mereka melompat parti ada kena mengena dengan kekayaan dimiliki bekas naib presiden Umno Datuk Mohd Shafie Apdal.

“Sekarang disebabkan kekayaan Shafie, ramai ahli politik (di Sabah) mendapat keuntungan di depan mereka dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan.

“Ini adalah sifat katak-katak politik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ia adalah kenyataan menggunakan bahasa Cina kenyataan itu, manakala versi bahasa Inggeris lebih lembut dan Chong tidak membuat rujukan kepada Shafie atau “katak”.

Kelmarin Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai tindakan ADUN Likas Junz Wong meletak jawatan dan meninggalkan DAP untuk menyertai sebuah parti berasaskan Sabah.

Tindakan itu diambil bersama Datuk Lakim Ukin serta ADUN PKR bagi kawasan Moyog, Terrence Siambun.

Berucap di sebuah majlis pengumuman itu di Kota Kinabalu Lajim berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah parti tempatan.

“Walaupun kita dianggap sebagai sebuah rumah kecil, tetapi kita berkuasa untuk membesarkan rumah itu,” katanya.

Lajim yang juga ADUN Klias memberitahu Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu ‘simpanan tetap’ kepada mana-mana kuasa politik yang “hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke Putrajaya” tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia.

Turut meninggalkan DAP ialah timbalan pengerusi parti berkenaan di Sabah, Joan Goh Penn Nee.

Kata Chong dalam kenyataan bahasa Inggerisnya, seseorang yang keluar dari DAP dan PKR atas alasan sentimen “parti tempatan” komen ringkas saya ialah, mereka itu adalah ahli politik opurtunis.

Kata anggota parlimen Bandar Kuching itu¬†kewujudan “parti-parti tempatan” adalah satu lagi bentuk politik perkauman di negara ini.

“Kedua-dua tokoh itu dipergunakan oleh parti pemerintah untuk memecah-belahkan rakyat supaya kedudukan mereka terus kukuh,” katanya.

Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi daripada Shafie mengenai tuduhan Chong.

– M’kini

.