‘LIWAT III’: JAWI SIASAT ADUAN QAZAF PADA HUSNI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat aduan terhadap  bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas tuduhan qazaf.

“Sehubungan itu, aduan berkenaan akan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan dan jabatan ini akan memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan,” kata Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JAWI Mohamad Kori Jusoh.

Jabatan itu juga mengesahkan menerima aduan aduan itu petang semalam di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Anggota-anggota parlimen (MP) HARAPAN semalam membuat laporan terhadap Husni setelah mendakwa bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meliwat anak buahnya.

Rabu lalu Ahmad Husni melalui ucapannya di Dewan Rakyat berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati ketua umum PKR itu terlibat dengan kes liwat dengan anak buahnya.

– M’kini

.