LIM KIT SIANG HILANG KELAYAKAN MORAL UNTUK JADI PM

KUAN YEW SURUH OTHMAN WOK “BUNGKUS” BILA KAHWIN DUA
Seorang Setiausaha Parlimen Singapura dipecat setelah diketahui mengunjungi rumah urut bersama rakan-rakan Utusan Melayu bila berkunjung ke Kuala Lumpur. Berasal dari Singapura beliau  pernah berkhidmat sebagai anggota jabatan pengarang Utusan di Kuala Lumpur bersama Othman Wok.
Perlantikannya  mungkin atas sokongan  Othman Wok yang menjadi menteri dalam kabinet Lee Kuan Yew(LKY)  pada tahun 1963.
Walaupun Othman Wok merupakan sahabat karib LKY tetapi kerana merahsiakan hal peribadinya berkahwin isteri kedua di Thailand dalam tahun 70 an, beliau telah dipanggil oleh  Perdana Menteri LKY setelah  mendapat aduan isteri pertamanya  Cik Dah Mohammad Nor dua tahun sesudah perkahwinan itu.
LKY meletakkan displin moral yang sangat  tinggi dan keras  kepada anggota-anggota kabinetnya, semua anggota  Parlimen Singapura dan juga pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tentera.

Kita telah membaca tentang  anggota parlimen kerajaan  dan pembangkang di Singapura yang telah dipecat atau terpaksa berundur kerana skandal  yang didedahkan.

Pertemuan terakhir dengan  Othman Wok(Allahyarham) di Singapura  dalam  tahun 2011 untuk menunjukan manuskrip buku Sejarah Utusan Melayu( 1938-2011)  Didepan Api di Belakang duri yang ditulis oleh saya .Bersama saya ialah Datuk Zaini Hassan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu dan Rosle Azmi bekas Penulog Pengurus Jabatan Pengarang Utusan-Gambar Ihsan Mansor Putih.
Saya menimbulkan pekara ini untuk membandingkan antara DAP di bawah pimpinan  Lim Kiat Siang yang keras dan autoritarian  yang mahu meniru cara kepimpinan Lee Kuan Yew  untuk menegakkan sebuah kerajaan sosialis yang bersih dan bermoral terutama dari segi rasuah seperti kerajaan PAP di Singapura.

Tetapi sebelum pun berkuasa,pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang pada peringkat awalnya nampak mencengkam kuat partinya  tetapi akhirnya gagal untuk mendisiplin tidak sahaja pemimpin dan anggota parti tetapi juga anaknya sendiri yang sekarang terpalit sebagai seorang suspect.

Tidak cukup dengan masalah moral anaknya yang belum selesai  tetapi seorang anggota Parlimen DAP di Penang Zairil Mohd Khir Johari yang sudah mempunyai isteri dan anak dikatakan  mempunyai skandal dengan ratu  cantik DAP Dyana Sofya yang videonya menjadi tular di media sosial.

Berita terakhir mengatakan Zairil telah memberikan keterangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai hal peribadinya dan Dyana pula dalam penafiannya mengatakan privasinya  sudah diceroboh. Selebriti samaada artis,ahli politik,bintang bola sepak dan sebagainya adalah hak rakyat dan hal peribadi mereka adalah rahsia umum.

Layakkah Guan Eng mendengar kes ini sedangkan beliau sendiri  adalah suspect ?.

Zairil menafikan bahawa beliau adalah orang yang intim dengan Dyana  di video  yang menjadi viral itu.
Tetapi di Singapura, tidak ada anggota  yang berani berbohong kepada LKY atau kepada parti.
Othman Wok mendedahkan dalam buku biografinya Never In My Wildest Dreams perihal Perdana Menteri  Lee Kuan Yew telah memanggilnya  dan mengarahkannya “berambus” jika tidak boleh selesai masalahnya  berkahwin dua.

Mulanya  Rajaratnam Menteri Kanan memanggil Othman dan memberitahunya “kami mendapat tahu saudara telah berkahwin  isteri kedua sejak dua tahun lalu.Walaupun seseorang Islam boleh mempunyai empat isteri tetapi kami bimbang”

Othman kemudiannya menemui LKY  dan menyatakan “Saya tahu bahawa saudara telah pun dimaklumkan dan Lee terus bertanya berapa  umur isteri keduanya? Othman menjawab 29 tahun.
Ketika itu Othman telah pun mengetahui perlantikannya sebagai Duta Singapura ke Indonesia dengan  jawatannya  sebagai Menteri Hal Ehwal Masyarakat tetap dikekalkan.

Menyedari kesilapannya, Othman bertanya pada Lee apakah   beliau masih di kehendaki untuk  pergi ke Indonesia sebagai duta.

Lee Kuan Yew memberitahunya ” Go ahead,but if you can’t solve your problems, pack up”
Di Malaysia berapa banyak skandal yang telah berlaku di bawah beberapa Perdana  Menteri yang diketahui umum tetapi dipejamkan mata, disembunyikan atau disapu di bawah tikar .
Kesenimbungan kerajaan Barisan Nasional pastinya tidak akan membawa apa-apa perubahan tetapi harus diingatkan skandal juga telah berlaku dalam Pas dengan pendedahan penglibatan pemimpinnya menerusi video yang disebarkan, tangkapan khalwat  dan sebagainya.
Dengan kepimpinan Kit Siang yang semakin lemah dalam kawalan disiplin parti, DAP  tidak  lagi boleh diharapkan untuk memimpin Pakatan Harapan apatahlagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tun Mahathir  tidak setegas  dan sekeras Lee Kuan Yew dalam sikap autoritariannya tetapi kejayaan Mahathir  membina negara bermaruah, adalah setanding dengan LKY. Maka itu untuk sementara waktu Mahathir terpaksa mengetuai Pakatan Harapan menuju ke Pilihanraya Umum sekalipun tidak akan menjadi Perdana Menteri.
Catitan: Othman Wok bekas Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu dan juga Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura telah meninggal dunia pada 18 April 2017.
-http://zamkata.blogspot.my