LIM GUAN ENG ZIARAH ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, demikian menurut kenyataan Timbalan Pengarah (Dasar Kepenjaraan) Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim.

Supri berkata pada Isnin lalu (27 November) Menteri Besar Selangor  Datuk Seri Azmin Ali menziarahi Anwar yang pada ketika itu masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, menurut pakar perubatan HKL, keadaan kesihatan Anwar yang menjalani pembedahan di bahagian bahu kanan, semakin bertambah baik.

Pembedahan itu dilakukan selepas kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Anwar dari HKL ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya September lalu.

–Bernama

.