LIHAT, DI MANA KUASA BERADA?

Kuala Lumpur, MALAYSIA: A logo of national carmaker Proton outside a showroom near Petronas Twin Tower in Kuala Lumpur, 24 May 2005. Malaysia's national carmaker Proton will begin producing sports utility vehicles and people-movers within two years in a bid to claw back falling market share, said a senior official. AFP PHOTO/TEH ENG KOON (Photo credit should read TEH ENG KOON/AFP/Getty Images)
Dalam tulisan terbaru di blognya yang turut menyentuh berkaitan Proton, sasaran Tun Mahathir Mohamad ialah Najib Razak. Ia dapat difahami dengan jelas melalui antara perenggan berikut yang ditulisnya itu:-
“Orang-orang di Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenar mengadakan business dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.
“Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import saja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati.”
Sepatutnya orang yang paling wajib menjawab dan memberi respon ialah Najib sendiri. Benarkah beliau mahu menjual Proton, menghalang orang-orang di syarikat kereta nasional itu bercakap dengan Tun Mahathir serta menyekat kenalan beliau berurusniaga?
Kalau pun tidak Najib, pihak  kedua yang setidak-tidaknya harus tampil memberi reaksi ialah sama ada Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia atau Abdul Rahman Dahlan yang pernah menggelar dirinya sebagai Menteri Ekonomi.
Orang nombor tiga yang layak memberi respon ialah Setiausaha Akhbar Najib sendiri, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.
Bukankah beliau selama ini selalu mengeluarkan kenyataan akhbar?
Keempat, sudah tentu pihak pengurusan Proton sendiri. Mereka boleh mengesahkan sama ada dakwaan Tun Mahathir itu benar atau salah.
Tetapi, lihatlah siapa yang memberi respon?
Ia tidak lain ialah Rizal Mansor, pegawai khas kepada isteri Najib iaitu Rosmah Mansor.
Kenapa Rizal yang ke depan? Di mana pegawai-pegawai Najib?
Dalam reaksinya mengenai tulisan Tun Mahathir itu, Rizal berkata, Proton kini diuruskan secara profesional dengan memilih pembekal yang menawarkan harga paling kompetitif.
Proton tidak memilih pembekal hanya kerana mereka merupakan kenalan kepada bekas Perdana Menteri itu, tambahnya lagi.
Hal berkaitan Rosmah dia memberi respon, tentang Permata pun dia mengeluarkan kenyataan dan sekarang berkaitan Najib dan Proton yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir pun, dia juga yang memberi penjelasan.
Bukankah Rizal hanya menjaga hal-hal berkaitan Rosmah sahaja?

Lihat, apakah Rizal secara tidak langsung cuba memperlihatkan di mana kuasa sebenarnya berada?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.