LELAKI BUAT KENYATAAN JELIK TERHADAP TUNKU AMINAH

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Aminah Sultan Ibrahim melalui aplikasi Facebook di Larkin Jaya, di sini, kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, penahanan lelaki berumur 38 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan dengan penyalahgunaan laman media sosial kira-kira jam 2.11 pagi, Khamis lepas.

“Hasil daripada tangkapan itu juga, pihak polis telah merampas sekeping simkad dan sebuah telefon

telefon bimbit yang dipercayai telah digunakan oleh suspek bagi membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Aminah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana

perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu dan kenyataan-kenyataan

untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

“Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, sifat hormat menghormati dan sifat kesopanan serta kesusilaan di antara satu sama lain adalah begitu penting di dalam menjamin keharmonian sesebuah negara.

“Saya juga mengingatkan bahawa pihak polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit,” katanya.

– Sinar Harian

.