LELAKI ADUKAN PEGAWAI BANK NEGARA KE SPRM

Seorang lelaki membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa seorang kakitangan Bank Negara menyalahgunakan kuasanya.

Menurut pengadu, SPRM sudah melihat bukti yang dikemukakan dan merujuk isu itu kepada Bank Negara, dikatakan untuk siasatan lanjut.

Malaysiakini menerima saliman dokumen itu dan menghubungi lelaki terbabit. Dia mengesahkan laporan kepada SPRM sudah dibuat.

Lelaki itu yang enggan didedahkan identitinya mendakwa sekurang-kurangnya seorang pegawai Bank Negara mengelirukan perkembangan terhadap satu aduan dibuatnya ke bank pusat berkenaan pada Januari lalu.
Katanya, dia mengemukakan aduan berhubung dua bank berasingan kepada Bank Negara pada 31 Januari tahun ini.

Walaupun satu daripada aduan itu diselesaikan segera, pengadu mendakwa, dia berdepan kesukaran mendapatkan perkembangan terkini bagi satu lagi aduannya membabitkan pinjaman perumahan di sebuah bank utama.

– M’kini