‘LEBIH KURANG MACAM KOREA UTARA’: POLIS CEGAH BAHAS DR MAHATHIR-NAZRI

BETULLAH macam kata Mohamed Nazri Abdul Aziz Malaysia sudah jadi negeri polis (police state).

Lebih kurang macam Korea Utara.

Apa polis kata, jadi.

Polis kata batal, batal.

Maka batallah bahas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Dalam notis muka depan Sinar Ahad hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, mohon maaf atas pembatalan itu.

Memang payah bila polis terlalu berkuasa

Saya setuju dan simpati dengan beliau. Menang payah bila polis bertindak seolah-olah mereka ada kuasa mutlak.

Selepas polis bagi kebenaran bersyarat benarkan bahas itu diadakan di Shah Alam, tiba-tiba semalam polis hantar surat kata kebenaran asal dibatalkan.

“Pelik, dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! ” kata Hassamuddin dalam mesej Tweeter beliau.

Surat polis yang dilampirkan oleh Hussamuddin mengatakan pembatalan dibuat kerana bantahan penduduk di kawasan berkenaan.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima bantahan daripada penduduk sekitar kawasan tersebut.

“Setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam, dengan ini kelulusan permit perhimpunan aman bertarikh 31 Mac 2017 adalah dibatalkan,” kata surat itu.

Alasan sajalah. Penduduk apa? Ini kawasan perindustrian!

Sebab sebenar adalah melindungi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, sahabat beliau Jho Low dan anak Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Polis tahu yang Najib dan konco-konco pemakan dedak beliau akan dilondehkan sekali lagi jika bahas diteruskan.

Najib serta para pemakan dedak beliau ada terlalu banyak bangkai untuk disembunyikan dan mereka tahu Nazri tidak mampu atau tidak akan pertahankan.

Daripada sudut lain, saya setuju tak perlu bahas sebab semua kemungkaran dan kebejatan Najib serta pemerintahannya sudah diketahui oleh rakyat jelata yang celik dan berakal.

Wallahuaklam.

http://kadirjasin.blogspot.com/

.