LEBIH BAIK BERBOGEL SAHAJA KALAU HIDUP TAK MALU SUKA MENIPU

Artikel kali ini ditulis oleh seorang pembaca yang menamakan dirinya Megat Seri Rama. Perlu diingatkan bahawa artikel ini telah disunting untuk mengeluarkan perkataan-perkataan yang dianggap agak keras untuk bacaan mereka di bawah umur. Sekian terima kasih.

Oleh: Megat Seri Rama

Dua hari lepas, hebat betul UMNO canang sana sini ‘cakap-cakap’ Tun M yang kononnya DAP ada mintak jadi Timbalan Perdana Menteri. Kau dengar lah cakap Berita Harian, suratkhabar yang akan mampus tak lama lagi tu. Dah lah editor Berita Harian tu agaknya lulus tadika aje bila ambil bulat-bulat berita dari portal penjilat Najib secara rawak. Kalau ye pun nak tunjuk pandai, semak lah dulu dari tuan empunya diri dulu. Telefon la dulu pejabat Tun Mahathir untuk mengesahkan sebelum kau publish berita tu. Benda senang macam ni pun bodoh sangat kenapa?

Editor Berita Harian nama Mahfar Ali dengan bos dia si Jalil Hamid tu dah tersampuk setan ke jadi bengap tiba-tiba tak tahu etika kewartawanan?

16003261_1305563106198022_6743885384436212875_n

Padahal Tun Mahathir sebenarnya cuma menjawab pertanyaan pasal betul ke Najib cakap kalau pembangkang menang, DAP akan jadi Perdana Menteri?

Korang semua tengok lah perangai Najib tu nak takutkan orang Melayu guna taktik rasis. Tak malu betul. Muka dah jadi tapai sebab ambil duit 1MDB banyak sangat ada hati nak menipu tak tentu hala pasal orang lain.

Tun Mahathir jawab lah macam ni:

“Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain. Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.”

Tapi lepas tu Berita Harian boleh spin pulak tulis kata Tun Mahathir bagitau yang DAP cuma mintak jadi Timbalan aje.

Terus berpusu-pusu monyet-monyet Najib, tua muda gemuk kurus, kira semua lah nak maki Tun Mahathir sebab nak bekerjasama dengan parti cina yang gila kuasa! ‘DAP ni celaka betul nak rampas kuasa Melayu!’ Itu cakap mereka. Teruk betul UMNO gila ni. Rasis je memanjang.

Sebenarnya, Tun Mahathir cuma jawab seperti dalam poster di atas. Tapi biasalah kan, Berita Harian. Suratkhabar yang akan mati dalam masa dua tahun ni dan semua wartawan dia akan makan pasir. Memang itu le future mereka tak lama lagi kalau buat perangai bingai macam tu.

Yang peliknya, MCA boleh senyap je? Mana pergi Ti Lian Ker bila monyet-monyet Najib melolong tak tentu pasal jaja cerita betapa kuasa Melayu akan hilang kalau ada Timbalan Perdana Menteri bangsa cina?

Nak jadikan cerita, sehari selepas tu, keluar pulak cerita MCA yang sebenarnya pernah mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri! Ini berlaku masa hari pertama lagi Najib jadi Perdana Menteri!

Pada 3 April 2009, MCA demand macam ni:

untitleduntitled1

Tun Mahathir pun apa lagi, pulang buah paku keras pada si lembik nama Najib le. Tun Mahathir kata, dia sudah tersilap. DAP dulu tak pernah pun mintak kerusi Timbalan Perdana Menteri dan mereka pun nafi pernah memintanya. Dan, rupa-rupanya, MCA yang pernah mintak!

Terus anjing-anjing gila belaan Najib jadi senyap. Tertelan ludah semuanya. Alamak! Cina geng dia sendiri yang nak rampas kuasa Melayu! Ha ha ha! Bodoh betul siapa yang jadi bos propaganda kem Najib ni.

Ti Lian Ker (budak suruhan Najib kerana nak bodek jadi calon wakil rakyat di Kuantan) dengan pantasnya mengaku yang memang MCA pernah mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri.

untitled2

Kata Ti Lian Ker lagi:

MCA hari ini menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MCA pernah memohon jawatan timbalan perdana menteri adalah mainan politik bekas perdana menteri itu dalam mencuba meraihkan sokongan pada pembangkang. 

“Ia sekadar proses penyaluran hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat. Tun (Dr) Mahathir menyatakannya seakan-akan ia satu taboo semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu seakan-akan MCA melakukan sesuatu yang salah dan DAP lebih mesra dan akur pada senstiviti orang Melayu.”

Ewah-ewah Ti… kau punya kengkawan dalam UMNO yang jadi batu api, Tun Mahathir jugak kau salahkan? Kau ni terlampau harap sangat satu hari nanti kau dapat dedak juta-juta dari Najib ke? Buat malu cina Pahang je kau ni.

In the first place, Berita Harian yang putar belitkan kata-kata Tun Mahathir. Yang kau percaya cakap Berita Harian siapa suruh Ti? Secondly, MCA mintak jawatan TPM tu satu fakta. Kenapa nak malu dan tergedik-gedik cari alasan nak justify kenapa nak minta? Kau ni ada tulang belakang ke takde?

Thirdly, yang buat jadi taboo adalah cybertrooper Najib sendiri oii! TI LIAN KER, kau faham tak? Ke kau dah jadi bingai? Aku ulangi, yang buat provokasi pasal benda ni ialah rakan-rakan bloggers penjilat Barisan Nasional jugak. Ha ha ha! Patutlah MCA ni pun sama jugak nasib dia macam Berita Harian nanti. Lagi dua tahun, mampus. Berguling-guling jasad mendiang Tun Tan Cheng Loke dalam kubur dia. Dia pun malu tengok perangai Ti Lian Ker menyokong pencuri duit 1MDB membabi buta.

Mungkin resume Ti Lian Ker ni setengah muka surat A4 aje kot. Susah cari kerja kat luar tu. Sebab skill corporate business atau cari rezeki secara halal dia tak tahu. Tahu cari makan melalui politik je.

Lepas tu ada pulak sekor haram jadah (ikut cakap Najib maki peneroka Felda dulu) boleh nak menipu orang ramai kata MCA tak pernah mintak pun jawatan Timbalan Perdana Menteri selama dia jadi Perdana Menteri. Siap kata Tun Mahathir berbohong! Ya Tuhanku… apa masalah kaki temberang ni?

Takde orang ke bagi nasihat kat dia ni? Atau bagi la berita paling latest untuk dia cakap. Orang ramai semua dah tahu MCA pernah mintak jawatan TPM, dia boleh lagi nak kelentong? Masuk Utusan pulak tu!

untitled3

Najib ni dah lah cuba nak menipu, lepas tu dia mintak pulak MCA nafi pernah mintak jawatan tu kat dia! Ha ha ha! Kita nak tengok lah cara Ti Lian Ker nafikan yang MCA pernah mintak jawatan tu dari Najib!

Oi Ti Lian Ker! Aku nak tengok kau spin camana lepas ni. Najib suruh kau bend over, kau jawab, ‘how high sir?’. Itu memang confirm.

Kenapa lah Malaysia ni disumpah ada Perdana Menteri yang bangang (pinjam kata-kata Najib jugak) macam ni. Dah la kaki klepet duit rakyat, pembohong pulak tu.

Najib ni bukan sahaja kaki U-Turn, dia ni kaki auta. Senang-senang kutuk orang U-Turn, diri sendiri tak cermin. Apa nak jadi lah dengan kau ni. Kalau di negara-negara lain, pemimpin penipu macam ni, dah lama kena humban masuk jail. Tapi sebab kat Malaysia ni ada orang bodoh macam Ti Lian Ker,  Khairy Jamaluddin, ada orang bodoh jadi doktor, ada anak polis, ada akauntan, ada lawyer, ada kerja bank, semua ni penjilat tegar nombor satu Najib, memang tak lama lagi Malaysia ni jadi sakit.

Ni aku nak cakap yang aku dah hilang hormat pada kau. Bukan saja hilang hormat, aku memang dah takkan undi lagi Barisan Nasional atau UMNO selama-lamanya! Kau paham tak ni? Aku tahu kau dah start menipu sejak kantoi duit RM2,600 juta masuk dalam akaun kau.

Najib dah menipu banyak kali pun kamu semua masih nak sokong biawak hidup ni lagi? Najib tu mana tahu malu lagi dah kat rakyat atau sedara mara dia. Dia kalau jalan berbogel kat jalanraya pun dah takde rasa malu agaknya. Boleh la kita hantar dia terus ke hospital orang gila di Tanjung Rambutan atau Tampoi nanti. Kau orang penjilat-penjilat pun jangan bagi malu keluarga kau orang pulak.

Okay ar JMD, terima kasih sebab bagi aku lepas geram.

– /jebatmustdie.wordpress.com

.