Ini kerana tahun-tahun sebelum ini, persidangan perwa­kilan itu dirasmikan oleh be­kas ketua bahagian, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang kini beralih arah dan menge­tuai parti baharu.

Namun persidangan itu penuh sesak dengan kehadiran lebih 3,000 para perwakilan dan ahli UMNO bahagian itu yang mahu menerima suntikan semangat daripada Hishammuddin.

Sambutan itu sekali gus me­nafikan desas-desus yang me­nyatakan dewan itu akan kosong selain tidak mendapat sokongan para perwakilan yang berpihak kepada Mohd. Shafie.

Kehadiran para perwakilan dan ahli UMNO itu juga me­nyangkal dakwaan kononnya UMNO bahagian tersebut bermasalah dan terkubur ekoran tindakan Mohd. Shafie keluar parti.

Ini merupakan sejarah pertama apabila persidangan perwakilan UMNO bahagian itu bersidang tanpa Mohd. Shafie sejak 25 tahun lalu.

Perasmian persidangan perwakilan yang bermula tepat pukul 11.40 pagi itu diserikan dengan kehadiran Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Yahya Hussin; bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai serta Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dan ketua-ketua UMNO bahagian.

Razak Tun Sakaran

Bagi Bendahari UMNO Bahagian Semporna, Datuk Razak Tun Sakaran, rakyat kini terbuka dan memilih untuk bersama dengan kepimpinan parti yang baharu selain UMNO Semporna masih mendapat sokongan serta dipercayai rakyat.

“Kehadiran luar jangka ini bukti masyarakat masih yakin hanya UMNO yang mampu membela nasib mereka,” kata­nya.

Selain itu, Exco Pemuda Semporna, Ali Madusiman ter­haru dan gembira dengan so­kongan tersebut selain percaya UMNO Semporna akan terus kukuh.

UTUSAN

.