LAWATAN NAJIB CETUSKAN HARAPAN RAKYAT ANWAR DIBEBASKAN LEBIH AWAL

  1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri melawat bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Hospital hari ini.Ini mencetuskan harapan besar penyokong-penyokong Anwar terhadap kemungkinan Anwar dibebaskan lebih awal atas ehsan Perdana Menteri. Mahathir tak ada kuasa.
  2. Bagaimanapun gambar sensasi ini dengan jelas tidak menampakan kehangatan persahabatan sebaliknya menepati kata kata “dekat tetapi jauh.”Ini mungkin tidak disedari oleh ramai orang yang hanya melihat luaran tetapi  tetapi tidak nampak dalaman, kedudukan Datin Seri Rosmah Mansor  terpisah jauh dari isteri  Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah,dipisahkan oleh katil.Kenapapa Rosmah tidak terus pergi  duduk disamping Wan Azizah jika ada rasa persahabatan sejati. Demikianlah sebuah drama politik yang tidak natural, yang penuh dengan kepuraan,yang mudah mengelirukan  rakyat biasa.
  3. Tetapi demikianlah politik,penuh dengan hipokrasi dan kepalsuan untuk ditonton oleh rakyat.
  4. Nampaknya Anwar sebagai banduan menjadi rebutan politik. Najib juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa sekalipun memaafkan Anwar.Mungkin ini diluar jangkaan Mahathir sendiri.
  5. Hayat politik Anwar Ibrahim nampaknya semakin panjang dan suatu pusingan sosio politik yang tak dijangka sedang berlaku. Nilai moral sudah tidak lagi terpakai dalam politik Malaysia.
  6. Jika Tun Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib maka Najib juga menunjukkan dengan kuasa yang ada padanya beliau sanggup dan boleh melakukan lebih dari Mahathir   untuk mempertahankan dirinya.
Siapakah yang akan menang dalam pertarungan yang terhebat dalam sejarah politik pilihanraya  Malaysia?Yang pasti Najib telah melakukan sesuatu  yang bukan sahaja diluar perhetongan Mahatir tetapi juga di kalangan rakyat pada keseluruhannya dan Banduan Anwar Ibrahim sedang memperhetongkan nilainya yang semakin mahal dalam politik negara.