LAPORAN: PEMAJU FOREST CITY AKAN BAYAR BALIK CENGKERAM

Pemaju projek Forest City akan membayar balik wang cengkeram kepada pembeli dari tanah besar China ekoran dasar negara itu mengetatkan dasarnya mengenai kawalan modal.

“Kami telah menghentikan terus jualan kami (City Forest) di China,” Naib Presiden Country Garden Holdings, Zhu Jianmin dilaporkan sebagai berkata oleh akhbar South China Morning Post (SCMP) hari ini.

Zhu dilaporkan berkata pembeli yang telah membuat bayaran cengkeram bagi hartanah City Forest tetapi tidak lagi mampu untuk memindahkan baki pembayaran mereka dari China “boleh membatalkan transaksi dan tidak perlu bayar yuran pembatalan”.

Projek itu sentiasa akur kepada peraturan dan undang-undang Malaysia dan China, katanya, dan berkata hanya lima peratus daripada pembeli menimbangkan untuk membatalkan pembelian mereka.

Country Garden, yang merupakan pemaju ketiga terbesar di China, menutup semua pusat jaualan Forest City di China pada bulan Mac, selepas tindakan keras kerajaan republik itu mengetatkan aliran keluar modal.

Beijing melancarkan dasar kawalan modal sejak separuh kedua tahun lepas, untuk mengelakkan penurunan yang besar dalam simpanan stoknya bagi rizab asing yang dicetuskan oleh penurunan nilai yuan, lapor SCMP.
Pemaju seperti Country Garden dan penduduk tanah besar itu yang mengidam untuk memiliki rumah di luar negara telah menerima tamparan hebata pabila China melaksanakan sekatan baru itu untuk menghentikan penukaran yuan ke dalam mata wang lain bagi pembelian hartanah di luar negara.

– M’kini