LAPORAN LANGSUNG PERHIMPUNAN BERSIH 5 & GERAKAN BAJU MERAH

BERIKUT adalah laporan langsung yang dibawakan wartawan mStar Online di beberapa lokasi perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu:

7 pagi: Laluan dari semua arah menuju ke Dataran Merdeka ditutup dan dikawal ketat pihak polis.

7.45 pagi: Kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Tun Perak.

8 pagi: Penyokong Bersih sudah berada di hadapan LRT Masjid Jamek.

8.00 pagi: Polis telah menyekat laluan di Jalan Kinabalu berhadapan Kompleks Daya Bumi.

8.15 pagi: Kelibat penyokong Baju Merah tidak kelihatan di Masjid Negara.

8.20 pagi: Penyokong bersih 5 berkumpul di hadapan Masjid Negara dengan kostum ‘Pikachu’.

8.45 pagi: Situasi di Dataran Maybank, Bangsar.

9 pagi: Kumpulan Baju Merah dilihat berkumpul di Jalan Melaka berhampiran LRT Masjid Jamek.

9.10 pagi: Kumpulan berkenaan beredar dari lokasi di Jalan Melaka ke arah Jakel Mall.

9.20 pagi: Kumpulan baju kuning bersiap sedia di Dataran Maybank.

9.20 pagi: Ambiga berada di LRT Bangsar.

MSTAR

.