LAGI KEMELUT DALAM FGV

PADA saat-saat peneroka Felda dan pelabur pasaran saham mengharapkan jawapan kepada masalah mereka, peneraju Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) nampaknya lebih mirip untuk bercakaran sesama sendiri.

FGV yang ketika diapungkan pada tahun 2012 diuar-uarkan sebagai penjamin masa depan peneroka dan pemacu pertanian moden bukan sahaja gagal memenuhi janji tersebut malah dilanda krisis dalaman yang kronik.

Dalam perkembangan terbaru, lembaga pengarahnya yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah menggantung tugas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha, mulai 6 Jun.

Zakaria berkata, beliau menerima surat yang ditandatangani oleh Isa memaklumkan yang belau diarahkan bercuti dari semua tugas di FGV dan anak syarikatnya berkuat kuasa serta-merta.

– SH

.