LAGI AKSI BAHAYA ‘MEMANJAT’ VIRAL

IPOH – Satu lagi video dan gambar ‘memanjat’ dikesan dengan lokasi dikenal pasti di sebuah tapak bangunan yang sedang dalam pembinaan, di sini.

Menerusi video berdurasi 1 minit 22 saat yang dimuat naik dalam YouTube itu menunjukkan seorang lelaki berswafoto sambil memanjat sebuah kren yang digunakan dalam pembinaan bangunan itu.

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengesahkan lokasi tersebut merupakan tapak pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) yang terletak berhampiran bangunan MBI.

Bagaimana pihak MBI enggan memberikan sebarang kenyataan memandangkan kawasan itu bukan di bawah seliaan MBI sebaliknya dikendalikan syarikat swasta.

Sebelum ini, sekumpulan individu melakukan aksi berani dengan memanjat papan tanda gergasi ‘IPOH’ yang kemudiannya mendapat perhatian banyak pihak termasuk MBI.

Lantaran tindakan berbahaya itu, pihak MBI membuat laporan polis kerana aksi mereka di situ tidak mendapat sebarang kebenaran.

– SH

.