KUNCI TAYAR, LELAKI SEMBUR CECAIR KE MUKA PENGUAT KUASA

SERDANG – Seorang lelaki menyembur cecair ke muka anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas tayar keretanya dikunci.

Suspek berang atas tindakan pada keretanya yang diparkir di depan sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong sekitar 12.40 tengah hari semalam, lapor Berita Harian.

“Si suami kemudian menyembur sejenis cecair yang tidak diketahui ke muka anggota sebelum melarikan diri bersama isterinya,” kata ketua polis daerah Serdang.

ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata mata penguat kuasa itu pedih dan penglihatannya kabur akibat semburan tersebut.

Beliau meminta pasangan itu menyerah diri untuk disiasat mengikut Seksyen-seksyen 324 dan 353 Kanun Keseksaan.

– http://www.themalaymailonline.com

.