KUASA AGONG MELANTIK PM TERMASUK KUASA MELUCUTKAN PM – TUN MAHATHIR

Sebentar tadi berlangsung sidang akhbar oleh Tun Mahathir yag menjelaskan pertemuan beliau dengan YDP Agong yang telah cuba dispinkan pleh pejabat PM sebelum ini.

Saya sertakan video penuh sidang akhbar tadi di bawah.

Antara point utama penjelasan Tun tadi adalah di mana Tun menyebut bahawa dalam Perlembagaan termaktub satu perenggan khas mengenai kuasa Agong dalam MELANTIK dan MEMECAT Perdana Menteri.

Power to appoint includes power to dismiss

Kuasa MELANTIK termasuk kuasa MELUCUT / MEMECAT

KLiK untuk ke Youtube

Tun Mahathir turut meminta seluruh rakyat yang perihatin dengan nasib negara agar bersama2 mendesak Majlis Raja2 yang akan bersidang pada 11 Oktober ini, supaya membincangkan dan seterusnya bertindak selaras dengan aduan rakyat @ Deklarasi Rakyat.

Turut disentuh adalah Akta MKN yang mana telah diredah oleh Najib walaupun pihak Majlis Raja2 telah meminta kerajaan supaya menyemak kembali usul tersebut tapi Najib tidak mengendahkannya. Najib hanya menunggu sehingga tempoh masa berlalu dan dengan sendirinya usul itu diluluskan.

Rakyat mendaulatkan Tuanku …. tapi apakah kerajaan sendiri mendaulatkan Tuanku ?

Para macai pasti akan berkata – bukankah Tun Mahathir sendiri yang telah buang kuasa Raja2 ?

Perkara ini sudah dijelaskan oleh Tun dalam artikel Chedet – APOLOGY,   di mana Tun menulis  –

23. Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

( Ada saya komen di SINI )

Terbukti perkataan ‘menyerah kalah’ tidak ada dalam kamus Tun Mahathir. Selagi ada jalan dan selagi kudrat mengizinkan, selagi itu Tun akan terus berusaha demi agama , bangsa dan negara !

FULL VIDEO


KLiK untuk ke Youtube
NOTA – Untuk ketahui lebih lanjut mengenai LOGO RAKYAT BERSERAH di atas, KLiK.

– http://dinturtle.blogspot.com/

.