KU NAN: JANGAN GUNA GEREJA SEBAR PERKARA TAK BENAR

Masyarakat Kristian di Kuala Lumpur diingatkan supaya tidak menyebarkan rasa tidak senang dan perkara-perkara yang mereka tidak pasti di gereja.

Berucap di majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan yang diadakan di Titiwangsa hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa komuniti itu supaya hanya menyampaikan ajaran Kristian di gereja.

“Jadi jangan kata yang bukan-bukanlah. Ini saya tak faham. Kawan-kawan saya di Titiwangsa tolong berhati-hati kerana mereka guna macam-macam cara.

“Saya juga nak rayu kepada kawan-kawan Kristianlah, jangan gunakan gereja untuk bercakap sesuatu yang tidak benar, yang kamu baca di internet atau apa saja yang datang kepada you lepas tu you cerita di you punya church (gereja).

“Sila gunakan gereja sebagai tempat untuk menyebarkan kehendak Tuhan, bukan untuk menyebarkan kehendak kamu sendiri atau perkara-perkara yang kamu tidak suka,” katanya.

Beliau juga menggesa komuniti gereja mendapatkan penjelasan dengan kerajaan mengenai perkara yang mereka tidak pasti.

– M’kini

.