Ku Nan: Himpunan BERSIH, Jamal boleh sebabkan rusuhan

Kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH dan pemimpin gerakan baju merah Datuk Jamal Md Yunos perlu menahan diri daripada “menyakiti perasaan antara satu sama lain” kerana ia boleh membawa kepada rusuhan jika tidak dihentikan.

“Nasihat saya, jangan menyakiti perasaan orang lain,” kata Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 5.

“Orang ini menyakitkan perasaan orang itu dan orang ini menyakitkan orang lain dan akhirnya ia mungkin menjadi satu rusuhan, anda tahu, jadi anda perlu berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Keusahawanan Technofest & Enterwip 2016 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Jamal yang juga Ketua bahagian Umno Sungai Besar sebelum ini berkata beliau akan mengadakan bantahan di semua enam lokasi di mana BERSIH merancang untuk melancarkan konvoi mereka selama tujuh minggu yang membawa kepada perhimpunan akhir pada 19 November ini di Kuala Lumpur.

Perhimpunan BERSIH 5 berkisar lima tuntutan: pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, pengukuhan demokrasi berparlimen, hak untuk berbeza pendapat dan memperkasakan Sabah dan Sarawak.

– M’kini

.