KU LI PERNAH TARIK LIMA MENTERI SAYA: MAHATHIR

MACHANG – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak kini tidak lagi mempunyai kebebasan bersuara.

Berbanding di zaman beliau, bekas perdana menteri itu berkata, Umno ketika itu lebih terbuka apabila ahli dibenar mengkritik dan mencabar pemimpin sehingga untuk melawan presiden sekalipun.

“Tengku Razaleigh Hamzah dulu cabar saya, tiada larangan, dia kempen tarik empat hingga lima orang menteri sokong dia, kita beri kebebasan, ini parti yang demokratik yang boleh cabar pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Pakatan Harapan Kelantan di sini hari ini.

Turut Hadir Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Mahathir berkata, bukti demokasi dalam Umno sudah lenyap dapat dilihat semasa perhimpunan agungnya apabila ahli tidak dibenarkan bercakap isu-isu yang berkait dengan perdana menteri.

“Hari ini bila Umno mesyuarat, mesti pakai pakaian sama supaya ucapanpun sama, luar dan dalam kena sama, bila diberitahu jangan sebut isu 1MDB mereka angguk, nak kita tidak susah sebab mulut penuh dedak.

“Bila dilarang jangan sebut RM 2.6 bilion, mereka juga angguk, kita lihat mereka angguk dan tak cakap apapun, ini parti yang diterjemahkan perdana menteri,” katanya.

–¬†http://www.sinarharian.com.my

.